Sunday 17 July 2022

Hari Raya Aidil Adha

Dah seminggu berlalu kita raya kan.. Memandangkan PKP dua tahun plus raya puasa haritu aku tak cuti & tak dapat nak balik kampung sebab bukan turn raya, so raya haji kali ni aku decide untuk berkonvoi dengan adik aku balik kampung di Yan, Kedah.! 


Raya pertama sambut dengan family kat rumah ja & tak gi beraya rumah sapa pun memandangkan keadaan ayah aku yang tak mengizinkan. Lepas sedara mara balik, aku bawak anak2 & anak buah aku pi air terjun seri perigi habuan kena angin petang2. 





Masing2 jadi freeze bila kt atas batu, takot jatuh.

Kerja-kerja pembaikan oleh MDY lepas tragedi kepala air haritu. Boleh nampak banyak perubahan yang depa buat.


Tenang ja fikiran tengok alam semulajadi. Anak2 suka datang sini. Tengok waterfall katanya.



Sian anak buah aku , dia teringin sangat nak mandi kat sini tapi tengok cuaca macam mendung  & nak hujan. Bahaya kalau mandi kt sni time2 hujan sbb ada kepala air. 



Nak dijadikan cerita time tengah malam duk tengok tv sambil borak2 dengan family, tiba2 perut aku rasa tak berapa nak selesa. Makin lama makin sakit plak rasa, menyucuk2. Bertahan punya bertahan sampai 1 tahap dah rasa memang kena gi hospital jugak. Benda yang aku paling takot & berjaga2 tak nak bagi jadi last2 jadi jugak. Lebih dari 10 kali ulang alik pi toilet, muntah, perut memulas & rasa dah macam nk pitam. Husband ajak pi hospital, sampai ja kt emergency hospital Yan check vital sign tengok2 Blood pressure nah, mencanak2!! 


Gastrik ni bukan benda yang biasa tau. Sapa yang pernah merasa ja tau mcmna sakitnya bila kena gastrik. Bila sekali kena memang rasa sakit sangat2. Masa kat emergency tu doktor bagi Iv pantoprazole, Iv tramal & Iv Maxolon. Sejam lepastu dah boleh discaj, balik rumah tidoq lena sampai ke pagi šŸ˜€. 


Raya kedua plak macam biasa lah kalau balik kampung ramai2, ni lah aktiviti disebelah siang. Mendobi baju. 

Raya ke 3 Aqiqah & Masak memasak



Aqiqah my niece Sarah Auliya



Preparations untuk buat sup tulang by mama & my bro šŸ˜‹. 



Menggelegak elok ja sup tulang, bau wangi dan2 rasa lapaq. Makan dengan nasik panas2 & cicah dengan ayaq asam. Pergh!! Nikmat!!

Dah settle makan ingat nak bertolak lah balik ke Puchong, sekali tengok waze nah dia punya jem tu bukan biasa2!!! Dari tol Gurun memang dah jem teruk. So me & husband decide duk kejap lah tengok friendly Match Liverpool vs MU dulu, kot2 boleh tambah segar lagi kan time drive kalau Liverpool menang. Sekali tengok nah MU hentam score 4-0. Mula2 nampak Salah masuk padang time last minit, aku siap bertepuk tangan dengan anak buah aku sebab excited kan dengan harapan bila Salah masuk, boleh la kejar score. Tapii tengok dia tendang bola pun sipi2 tiang ja (friendly match la katakan). Tapi tak pa lah kan tak macam MU dia punya takot tuu dia letak hampir semua main player time tu thats why lah depa score 4-0 .. Kah!!!! 

Pukul 12 malam tengok waze dh clear & dah tak jem so bertolak lah kami balik ke sarang. Dari kedah sampai ke terowong Menora tak jem. Tetiba jem pulak dekat Bidor, Perak. Sangkut dalam 20minit jugak lah.



Aku gilir2 drive dengan husband so pukul 5:30 pagi alhamdulillah sampai lah kami kat Puchong. Tunggu lagi dua tahun lak yer nak balik sambut raya Haji sebab next year dah bukan my turn raya haji. 

No comments:

Post a Comment