Thursday 4 January 2024

Adam Mikael Turn 5

Happy birthday baby boy mama ayah. Yang selalu merasa diri masih baby, kejap ja umur dah 5 tahun. Mama n ayah doakan semoga Adam Mikael membesar dengan sihat, moga sentiasa dilindungi Allah SWT, dikurniakan akal n fikiran yg cerdas. Semoga memjadi anak yg soleh. Anyway happy syg mama & ayah. 

Love,
Ayah , mama, kakak Aira ♡


Celebrate birthday di sekolah dgn kawan2. Kek kena beli dua. Kalau tak, yang sorang lagi akan merajuk.

Friday 29 December 2023

Cuti Sekolah 2023

Musim cuti sekolah adalah musim kesabaran mak2 n pak2 diuji😆 melayan karenah si kecik dalam fasa nak membesar. 

So tak nak depa bosan duk kt rumah sepanjang cuti sekolah, aku n husband pun planned bawak budak2 ni pi jalan2 kt pantai Bagan Lalang, Sepang. 

Kami decide pi pantai time weekdays. So tak ramai sangat orang.

Sunday 30 July 2023

MUSE : Will Of The People World Tour

Muse : Will of The People World Tour, The only asia tour. Live in Stadium Bukit Jalil, KL. 

Walaupun kena sidai sejam semalam, apa yg aku boleh cakap overalllll perghhhhhhhhhh memang MANTAP!!!  🤟. Sound system pun mantap!!!! Suara lead singer - Matt Bellamy pn mcm telan spotify. Memang puas hati lah. 

Opening by local band Kyoto Protocol : band pilihan MUSE and lepas kena sidai sejam, pukul 9:30 baru lah MUSE perform. ***Saja ulang2 gitau kena sidai**

Setlist :
Will of the people
Hysteria
Psycho
Thought Contagion
Wont stand Down
Compliance
Time is Running out
You Makes Me Feel Like Its Halloween
Madness
Resistance
The 2nd Law : Isolated System
Supermassive BlackHole
Plug In Baby
Uprising
Prelude
Starlight
Kill or be Killed
Knights of Cydonia

Lepas sejam lebih tamat lah konsert Muse in Malaysia. Ku difahamkan bahawa ni la satu2nya konsert utk tahun 2023 in Malaysia yg memang the best sbb sound system memang mantap gila....!! Well done to organizer Hello Universe walaupn sidai kami sejam lebih tapi berbaloi. 

Kat bawah ni aku belanja sikit pic kami bertiga. Video pulak banyak yg nak kena cut bukan apa yer, time rekod aku nyanyi lpstu bila balik rumah and play balik semua video mmg dengaq suara aku ja la. Hmmm.

Husband aku xminat. So dia xjoin. ***Haha gtau siap2***. Kami 3 beradik ja yang pi. 

~ Nasib baik ada geng! ~

Gambar asal

Bila nak set untuk profile picture 
😆😆😆

 View from Atas. Ronda2 dulu amek angin 

Duk gelak tengok ragam orang kat big screen. 
Tiba2 eh ada jugak geng ward aku. 

Konsert, konsert jugak. Solat jgn lupa. Terbaik organizer Hello Universe. Sediakan tempat solat

Merchandise
View dari zone F




Tuesday 16 May 2023

Happy Teachers Day!!

Selamat Hari Guru buat semua guru2 di luar sana especially guru2 di Pasti As Syifa 1 Puchong Utama.. Terima kasih diatas jasa cikgu yg sabar mendidik anak2 kami. Moga pahala melimpah ruah atas ilmu yang dicurahkan. ❤

*** Hadiah untuk cikgu : Beg telekung + kain batik sorang sehelai. Deko last minit. Ku harap cikgu2 suka.. ❤❤ **

Monday 8 May 2023

Aira Marissa turns 6

Happy 6th birthday anakku syg Aira Marissa Saiful ❤. Mama doakan semoga kakak panjang umur, dikurniakan rezeki yg melimpah ruah & kesihatan yg baik serta cerdas akal dan fikiran. Semoga Allah kurniakan segala kebaikanNya & dilimpahi dengan kasih sayang yg berpanjangan. Amin❤❤ . Tahun ni mama celebrate birthday kakak ala kadar sbb mama tengah dalam tempoh berpantang. Trima kasih untuk ayah yang banyak tolong mama arrange birthday kakak; beli kek, hadiah & sebagainya. Dan dalam masa yang sama ayah jaga mama berpantang.. (Trima kasih husband❤). Anyway we love u Aira ❤ ♥ 

From, 
Mama ❤❤

Monday 2 January 2023

Big Boy Already ❤

Hai Adam Mikael ❤.. Harini genap umur adam 4 tahun. Mama & ayah doakan semoga adam sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, membesar dengan sihat & diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta menjadi anak yang soleh untuk mama & ayah. Mama, ayah & kakak sayang adam dunia akhirat.. Birthday pic akan menyusul kemudian..... :) ❤❤