Saturday 15 October 2016

Chenta Bridal House Makes My Dream Comes True

Aku nak share pasal 1 butik ni yang bleyh dikatakan buat aku puas hati dengan service yang dia bagi. 

Selama 5 bulan aku berurusan dengan Chenta Bridal House, memang aku senang & tersangat2 puas hati (walaupun just contact melalui phone sebab time tu aku tengah praktikal kat Melaka. Balik pun dua kali ja masa tengah cuti). Owner Tengku Wani @ Kak Wani & staff pun bagus. 

Apa yang buat aku puas hati ialah ada 1 pakej yang available iaitu all in one just rm10k + Rm400 transporation charges (untuk luar kawasan sP). Rm10k ni termasuk sekali dengan catering untuk 1000pax, busana lengkap + aksesori lelaki & perempuan untuk majlis akad nikah & sanding.

 Untuk busana sanding, aku pilih untuk design busana aku sendiri. So kena add RM300.

Selain dari busana, dengan harga Rm10k tu aku dapat sekali dengan makeup akad nikah & sanding, photography akad nikah & sanding + outdoor, pelamin dewan (3 panel), perhiasan meja makan beradap, meja VIP n tetamu, wedding photobooth (english style), wedding photobook + soft copy,  6 wedding arch, payung kawen,  bunga tangan, bantal akad.

Catering bukan sekadar catering. Lauk kenduri sedappppppp... Aku pilih masakan ala kampung - Gulai talang kering + terung, ayam masak merah, daging masak kurma,, ulam2, sambal belacan, buah tembikai + oren n air peach.
 
Ada org beranggapan bila harga murah, service pun ala kadar. Tapi dengan Chenta Bridal House, dari A to Z sgala2nya puas hati. 

Makeup n busana cantik, pelamin pun lawa n puas hati, photoghraphy session yang takdapat dilupakan. Dapat lak photographer yang sporting. Sapa lagi kalau bukan Adi. Ex senior aku masa sekolah menengah (indoor + outdoor dua kali weyh).

Rasa2 kalau kat tempat lain boleh ka dapat harga macam tu? Aku try survey untuk majlis bertandang, kat tempat lain kalau pakej lengkap macam ni dalam lebih kurang RM18k tu pun tak termasuk photography. So aku rasa beruntung sangat2 ada lagi butik area2 Sungai Petani yang tawarkan harga murah n service yang puas hati camni. Jom tengok gambar di sekitar majlis akad nikah n bersanding aku. 




  

 











Btw, Thanks to Kak Waniey n team for makes my dream comes true šŸ˜™šŸ˜˜šŸ˜š..



No comments:

Post a Comment